Setiap orang mesti ada kisah masing-masing kan. Nak share sikit di sebalik kejayaan 'Graphtech Advertising' dengan korang. Boleh la jadikan pengajaran dan semangat untuk kita terus berjaya.
************************************************************************
Pada satu ketika tu..rasa macam nak menjerit je. Itulah yang aku rasa bila kena push dengan bos pasal payment dari client. Eh..itu bukan kerja aku. Sepatutnya account department yang patut kena kejar payment tu. Dah la tugas aku nak kena settlekan job..bukan satu, tapi berpuluh job aku kena handle..project manager la katakan. Lepas tu, duit pun aku nak kena followup pulak..kalau aku free tu takpelah kalau nak suruh. Habis tu account department buat apa.. mengangkang je duk dalam ofis tu.
Betullah kata orang..kerja dengan dia ni kalau dah kena counter offer pastu macam kain basah dia perah kita ni. Sampai dah kering pun kena perah jugak lagi tu. Aku cuma mengenangkan anak bini je, kalau tak dah lama aku cabut.
Aku kerja kat situ 6 tahun lebih. Mula dari jawatan penyelia tapak sehinggalah last aku letak jawatan sebagai project manager. Nama je project manager, tapi gaji hampeh. Banyak sangat pahit maung yang aku terpaksa telan selama kerja kat situ. Tak ada sorang pun yang bantu aku. Berkawanlah aku dengan mamat-mamat vietnam masa tu. Mana aku nak layan politik kerja diorang yang kat dalam ofis tu lagi..
"Pastu balik rumah kena bebel dengan bini sampai dia kata 'eh..orang lain pun kerja jugak..tapi takkan sampai tak ingat nak balik rumah'. Aku jawab 'sabar..abang tengah build up karier ni..bagi abang sedikit masa je lagi' "
Mana taknya, siang malam aku kerja sampai bawa anak bini tidur dalam kereta..bukannya boleh claim overtime pulak tu. Kerja punya pasal bro..tak tipu.
Ceritanya aku dah taknak susah lagi. Sebelum aku masuk kerja kat situ, macam-macam kerja aku dah buat. Ambil sub kerja buat longkang, payment maincon tak bayar..kerja pulak dengan orang, gaji tak dapat. Background aku Architecture. Masa tu dapat anak first. Duduk menumpang dengan mak mertua pulak tu. Hari-hari bergaduh. Pernah sekali tu aku dah nak kemas baju keluar dari situ..pasalnya, aku dah takde duit nak sara anak bini. Tapi Allah S.W.T Maha mendengar..aku merintih dalam diam. Style aku ni jenis pendam..lama-lama boleh meletup. Tapi berkat sabar, bini aku minta tolong bos dia masukkan aku kerja kat syarikat dia. Alhamdulillah diterima. Tapi tak diberi offer letter. Alasan dia, polisi syarikat husband and wife tak boleh kerja satu bumbung. Kalau nak kerja juga, tiada surat tawaran. Aku redha dengan ketentuan Illahi. Punyalah excited bila dapat tau aku diterima kerja. Apalagi aku pun pulun le kerja elok-elok.
First job aku sambung projek terbengkalai tangan staff lama kat situ. Projek tu pun sukses. Bos aku bagi pulak assignment kedua..pun sukses jugak dan seterusnya. Genap sebulan, bini aku kata dia keluarkan offer letter untuk aku. AlhamduliLah..maknanya dia suka kerja aku. Tapi staff yang dah lama kerja kat situ tak suka pulak cara aku..diorang kata aku kaki ampu bos. Hek eleh..mana taknya..tak pernah-pernah dia buat jamuan sempena siap projek sebelum ni. Jadi bila job kat tangan aku semua settle, dia suka. Habis tu aku nak cakap apa. Hermmm.
Berbalik cerita pasal tadi..sampai satu ketika tu, raya cina dah nak dekat. Dia boleh sound aku kata 'kalau itu payment tak masuk, saya gantung diri oooo'..berkerut dahi aku sambil berkata dalam hati..dalam company ni, ker aku sorang jer staff dia kut. Minggu selepas tu satu meeting diadakan. Semua head of department kena panggil meeting.. termasuklah aku. Dia masuk je pagi tu, muka dah macam taik. Bila dia bukak je mulut, ermm..aku dah menyampah. Isu ni lagi. Siap hentak tangan atas meja, kononnya tengah geramle tu. Aku buat muka selamba. Tiba-tiba handphone dia berbunyi. Dia pun keluar dari bilik meeting sambil aku sebut 'lancaulah'. Lepas tu sambung balik meeting dan selesailah meeting pagi tu dengan perasaan amarah dalam hati.
Nak jadi cerita, petang tu dia dah keluar..tiba-tiba handphone aku berdering.. aku tengok nombor dia terpapar.. aku pun angkat macam biasa.
tetiba dia jerit kat aku 'shahrul, you kat mana?'..aku jawablah 'i ada di office'.. pastu dia tanya lagi 'tadi meeting you ada cakap apa-apa sama i ka?'..aku jawab 'cakap apa?'..buat macam tak tahu apa-apa, hi hi.. dia tak puas hati tu, dia tanya aku lagi 'betul you tak ada cakap apa-apa? You tunggu i masuk office sekejap lagi'.. lepas tu aku pun apa lagi 'ok..kalau macam tu i tunggu you'..
hek eleh.. rupa-rupanya ada staff report kat dia yang aku sebut 'lancau' kat dia dalam meeting pagi tu..tapi tak berani pun jumpa aku petang tuu..sembang je lebih.
Mula dari detik tu, hubungan aku dengan dia dah tak ngam macam biasa. Aku pun dah mula buat perangai nak tunjuk yang aku pun tak puas hati dengan dia. Kejap datang kerja kejap tak. Ada satu masa tu dia sound aku ‘i tak peduli, kalau perlu you tunggu depan office sana satu hari, you kena tunggu..sampai itu payment keluar’. Bila fikirkan semula, baik aku bagi resign letter dan berhenti kerja daripada aku buang masa layan orang gila macam dia. Memang dasar penting diri..kereta asyik tukar je, kebajikan staff langsung tak jaga. Aku pun ambil keputusan resign.
Lepas aku resign tanpa ada perancangan, hidup aku susah balik. Itulah ikutkan sangat perasaan. Pergi interview banyak tempat. Tapi semua tolak. Rupanya aku terperasan dalam hati, dia dah block karier aku. Semua kawan-kawan dia habis dipukul canang. Aku pun terpaksa mula semula hidup aku dari bawah. Call balik kawan-kawan client aku masa kerja dulu. AlhamduliLah, ada seorang brader ni call cari aku dan kata ada job nak bagi. Aku pun ambil order tu. First job aku buat kat depan rumah..signboard precaution bahan kimia.
Lepas tu ada modal sikit aku sewa kedai setingkat. Aku dapat pulak job pasar mini. Banyak jugak branch client lama aku bagi. Aku sewa lagi kedai jadi 2 lot. Lepas tu satu satu job masuk. Sewa lagi jadi 3 lot kedai..sampailah rezeki aku masa tu dapat buat job Kedai Rakyat 1 Malaysia dan cawangan Puspakom seluruh Semenanjung.
Tapi bila dah melangkah dunia perniagaan ni, lain pulak cabarannya. Dulu bila kerja dengan orang, kita cuma buat sebahagian tugas dalam organisasi sesuatu syarikat tu..ni bila dah bisnes, semua perkara nak kena tahu dan buat. Dari marketing sampailah ke operasi. Bukan setakat tu, job banyak nak kena settle, modal pulak tak cukup. Bergolok-gadai aku dibuatnya. Tidur pulak tak pernah yang cukup. Sapa suruh berniaga..kan padan muka aku. Nasib baik aku ada bini yang supportive dan understanding..dialah yang banyak bantu aku masa tu termasuk barang kemas dia yang aku pajak..he he. Biasalah nak hidup. Alhamdulillah lepas tu semuanya berjalan lancar.
Cerita pasal ‘dia’ pulak, sorang sorang staff lama resign..lepas pada aku resign pulak tuh. Eh apsal korang semua resign pulak..bukan ke korang semua hebat sangat? Korang semua dah tahu jenis dia ni pentingkan diri kan? Aku dapat tahu, banyak projek masa tu semua masalah..termasuk job yang aku pernah handle dulu..bila aku ada, sorang pun taknak ambil tahu..bila aku dah resign, baru korang kelam-kabut. Tapi takpe..life must go on..
Satu malam tu aku sms dia..aku tulis, bila you senang, you senang sorang-sorang..sekarang bila you susah, siapa mahu tolong you? Dia punya geram dan dia balas..kalau you gentleman, jumpa di office i esok..elehh dia ni..tak sedar diri lagi tu.
Dan sekarang hampir 8 tahun aku bisnes, aku dah memiliki 3 syarikat advertising dan printing, 1 syarikat construction dan juga 1 syarikat f&b. Aku touch first million masa usia 34 tahun.
Tips yang aku nak share, yang membezakan kita semua ialah, ilmu. Ilmulah yang guide aku dari mula aku berniaga sampailah saat ini. Buat bisnes yang berkaitan dengan ilmu yang kita ada..berkat sabar dan support dari anak bini juga sama penting untuk kita berjaya. InshaAllah.
Kalau ‘dia’ boleh, kenapa aku tak boleh? Siapa ‘dia’?
Dan satu aku nak pesan kat sini, korang cuba renung kembali lirik lagu ‘anak kecil main api’. Sesiapa yang lebih kurang sebaya aku, mesti korang faham maksud lagu tu.
Renungkanlah bersama dan cuba korang fikir masa depan anak bangsa sendiri. Kalau tak insaf lagi, sampai satu masa duduklah kita semua bawah jambatan.
Ribuan maaf sekiranya bahasa yang aku guna ni kasar bagi sesetengah individu. Tapi bagi aku, tak perlu nak berbunga-bunga ayat tu, nanti bertambah ‘layu’ kita dibuatnya.